Thursday 4 August 2016

KEMAHIRAN MENGESAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Fitrah wanita bersifat intuitif


Wanita diciptakan dengan KEMAHIRAN MENGESAN yang JAUH LEBIH BAIK daripada LELAKI

Sebagai ibu yang melahirkan anak dan menjaga rumah, mereka perlu berkebolehan dalam mengesan perubahan pada 'mood' dan sikap ahli keluarganya, iaitu mengetahui tanda-tanda sama ada mereka berasa sakit,  lapar, cedera, meragam, ataupun tertekan. Fenomena ini lazimnya DIKENALI sebagai NALURI KEIBUAN. 

Naluri keibuan yang ada pada wanita inilah yang sering membingungkan lelaki, terutama pada yang suka berfoya-foya kerana membuatkan mereka 'tertangkap'. 



"ISTERI SAYA BOLEH NAMPAK SEHELAI RAMBUT WANITA LAIN PADA BAJU SAYA DARI JARAK 20 KAKI. 
TETAPI APABILA MAHU PERKIR KERETA, DIA BOLEH TERLANGGAR PINTU GARAJ PULA"


Sebagai pemburu yang mencari nafkah, orang lelaki tidak pernah duduk diam lama-lama di rumah bagi mempelajari makna'lenggok bahasa' ataupun cara komunikasi interpersonal. 

Ujian imbasan ke atas otak LELAKI menunjukkan bahawa apabila mereka berada DALAM KEADAAN REHAT,  lebih kurang hanya 70% sahaja aktiviti elektrikal dalam otak mereka ditutup. Manakala, ujian imbasan ke atas otak WANITA menunjukkan minda mereka TERUS MENJALANKAN AKTIVITI SEHINGGA 90% dalam keadaan yang sama. 

Hal ini mengesahkan bahawa minda wanita sentiasa menerima dan memproses maklumat daripada persekitaran mereka. Justeru, seorang ibu dapat mengetahui siapakah kawan-kawan anaknya, harapan, cita-cita, hubungan, dan perkara yang ditakuti oleh mereka.  Manakala para suami pula jarang perasan bahawa adanya 'budak kecil' yang tinggal serumah dengannya. Hal ini kerana tuhan telah menciptakan sifat biologikal lelaki berbeza dengan wanita. 


"SUAMI MELIHAT ISTERINYA MENANGIS, MENGAMUK, ATAUPUN MENAMPARNYA, PADA KETIKA ITULAH MUNGKIN BARU DIA DAPAT MEMAHAMI APA SEBENARNYA YANG BERLAKU"









-allan



WANITA menyatukan WANITA MENDIDIK, LELAKI memburu LELAKI melindungi

Wanita Menyatukan, Wanita mendidik


MUDAH SAHAJA : Tugas suami adalah mencari nafkah,  manakala isteri pula menjaga rumah. Peranan wanita di sini sangat jelas sebagai ibu yang melahirkan anak,  maka sifatnya dicipta supaya dia dapat memainkan peranan itu. Wanita perlu memiliki kebolehan memantau keadaan sekelilingnya bagi tujuan mengesan sebarang ancaman bahaya. Justeru, dia dapat mencari jalan keluar secepat mungkin. Selain itu, dia juga perlu peka dalam mengenal pasti sebarang perubahan pada sikap serta penampilan kanak-kanak dan juga orang dewasa, walau sekecil mana sekalipun.

Kejayaan seorang wanita diukur daripada kebolehannya mengekalkan kesejahteraan dalam keluarga. Harga dirinya terbit daripada penghargaan suami terhadap kecekapannya menguruskan hal ehwal rumah tangga dan mendidik anak-anak. Justeru, sudah tentu dia tidak pernah diharapkan bagi memburu haiwan,  melawan musuh,  mahupun menukar mentol lampu.

Lelaki Memburu,  Lelaki Melindungi

Mudah sahaja: Tugas lelaki adalah jelas MENCARI NAFKAH itu sahaja yang diharapkan daripada mereka. Saban hari para suami akan ke keluar ke dunia luar yang mencabar lagi berbahaya,  dan sanggup bergadai nyawa demi mencari makanan dan membawanya pulang untuk santapan isteri dan anak-anaknya. Dia juga akan mempertahankan mereka daripada ancaman haiwan buas dan musuh.  Sifatnya dicipta supaya dia mampu mencari jalan jarak jauh, bagi mencari punca rezeki dan membawanya pulang. Sifatnya juga dilengkapi dengan kebolehan membidik secara tepat supaya dia dapat mengenai sasaran yang sedang bergerak.

Kejayaan dirinya sebagai seorang lelaki diukur dari segi kebolehannya memburu dan membawa pulang hasil buruan. Manakala, harga dirinya pula terbit daripada PENGHARGAAN ISTERI TERHADAP USAHA dan tindakannya itu.

Lelaki tidak pernah ada keperluan bagi MENGANALISA HUBUNGAN dan dia tidak pernah diharapkan supaya membuang sampah ataupun menukar lampin bayi.

-allan & barbaran